BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

WELCOME

Tuesday, September 8, 2009

ADA APE DENGAN KAKI ????

Cerita tahun 2008. Tahun lepas le..... kronologi dan metafora ceritanyer berbunyi begini...

Pada satu petang yang hening di padang UBERN, diselangi angin sepoi2 bahasa ditambah pula dengan angin kentut yang sempoi2 tak reti bahasa... dua orang guru yang bertanggungjawab menerajui akademi bola Sepak Ubern mengadakan latihan rutin terhadap Golden Team Gelaktikus mereka.. Dua orang guru itu ialah Redza Karathu ( aku ler.. ) ngan Samsul Redknapp.. Sambil mengadakan latihan bergolek diatas padang ( untuk menambah kekuatan loyar buruk pasukan dan menambah kekuatan kebengongan otak yang diteajui oleh Adan the messi ) aku ngan samsul menantikan kehadiran seorang penyerang yang digembar gemburkan mcm tanah ladang sawit mengenai kehebatannya seantero Ladang Sungei Erong untuk test power. Aku ngan samsul dah nekad, kalau budak ni boleh main kompom amik jadi striker untuk digandingkan dengan Adan the messi.

selang beberapa purnama ( minit ler tu.. ) budak yg dikatakan hebat ni pun datang dengan langkah yang amat meyakinkan di tambah pula dengan aksesori tambahan iaitu but kulit baru beli gantung di leher.. aku ngan samsul terpegun la.. wuuih.. hebat ni.. ( tengok gaya la.. )


budak ni bagus n sopan santun orangnyer.. sampai2 je terus salam.. samsul bahagikan kpd 2 kump, nak lawan la kiranye.. budak tadi mesti la letak striker, x kan nk jadi linesman lak...

perlawanan pun bermula............ Adan the messi berjaya menggelecek beberapa orang pertahanan dan melorongkan bola kepada budak hebat tadi. budak hebat tadi tinggal one by one ngan keeper jer lagii.. bola yang adan passing dah sampai kat budak hebat tadi, budak hebat tadi apa lagi, kejar la, tapi masa kejar tu aku ngan samsul dah nampak lain sebab dia lari terkengkang jer.. dengan penuh yakin, budah hebat tadi menghayunkan kaki pastu terus jatuh. Bola lalu depan dia slow jer... aku tepuk dahi, samsul tepuk perut..he he

samsul tanya.. woi siamang.. pasal ape x kena???

budak hebat tu jawab.. kaki x konsenterate la cikgu....

Apa lagi... kang mas yg baik hati, bersopan santun, berbudi pekerti, hensem dan tak berdosa pun boleh jadi bahan lawak lagi la benda mcm ni.. makan tahun gelak... ha ha

keputusannye, budak tu xleh main langsung.. reject!!!! nak tunggu kaki dia konsenterate sampai kucing bertanduk la, otak pun x konseterate time belajo.. lagi la kaki... konfiuss2...

budak yang dimaksudkan ialah :::::::







budak hebat tadi berada betul2 belakang cikgu shaharbanon.. ( yang pakai songkok )

p/s ; nama tidak didedahkan, cerita ini bukan untuk mengaibkan mana2 pihak, tetapi semata - mata untuk mengimbau kenangan dan mengata.. ha ha. Ikuti sambungan cerita versi sama di S.K Sungai Kurus. Aku jadi pengurus bola sekolah baru, aku ada pengalaman yang sama mcm cter ni.. tunggu sambungannye.. Terima kasih cikgu firol.. cilok gambo kat http://konotasi.blogspot.com. Tu pun die bagi pinjam gambo, kalau x bagi, tukar nama blog ko ke http:// takkonokasi.blogspot.com




1 comments:

wiegreat a.k.a. zeq said...

lawak go macam cipan tul.. aku nak pecah perut terkenangkan balek... har har har har..., kurang pahla aku arini,,,,